27November 2006 - alhamdulillah pada hari ini saya bertolak ke Madinah Al-Munawarah. memang tak disangka, rezeki daripada Allah SWT akhirnya sampai juga aku ke Madinah bumi suci yang menempatkan makam Rasulullah SAW. Aku hampir mnitikkan airmata, mungkin sudahpun, apabila kaki ini menjejak bumi Madinah apabila turun dari pesawat. Tak tahulah nak gambarkan perasaan ini.Sayu sekali.....
8 hari kami di Madinah, tapi kerana uzur aku tak dapat memenuhkan 40 waktu sembahyang sebaliknya pada masa terluang aku berjalan-jalan di lorong-lorong jualan sambil membeli beberapa helai jubah dan sebagainya.